- Saturday, 18 February 2012

Lagu gamelan melayu eksklusif - Mengulik Raja@ Ill re( The king )



Ill re ( the king )
Titah buana membalut sukma
Gagal ketemu berjumpa sirna
Melingkar mencari nyata dan yang maya
Berharapkan dasar sumbu sang kelana
Raja raja raja raja

Padi menguning jadi hamparan
Jadi rebutan bersilang rotan
Harapan tersebar memukau impian
Asalkan tercapai rela berjauhan
Raja raja raja raja

Tertib menyusun laluan nista
Satu-persatu junjungan kata
Umpama berdiri di mawar berduri
Biarkan terluka asalkan abadi
Raja raja raja raja

Susunan rindu amit-amitan
Kemboja putih taman larangan
Gerimis merangkai jutaan pencinta
Di seberang zaman memaku khayalan
Raja raja raja raja



komposer : Mohd Faliq

lirik : Fatin Wahab
persembahan : kumpulan gema gamelan waqafan(gemawan) Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

1 comment:

  1. assalamualaikum. saudara ada notasi lagu ni tak? kalau ada boleh share?

    ReplyDelete